TAWAU, 6 Jun – Hilang Tempat Tinggal….. Lebih 100 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas kira-kira 40 rumah mereka musnah dalam kebakaran di Lorong Haji Abd Rahman, Batu 5, Jalan Apas, di sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.26 malam sebelum sepasukan 28 orang anggota bersama empat buah jentera dan utiliti bergegas ke tempat kejadian.

“Api dapat dikawal pada jam 12.53 tengah malam sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi tadi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat,” katanya hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY