PALO ALTO, California, 18 Feb – Kerajaan bersetuju membenarkan pengimportan 100 unit kereta elektrik secara bebas cukai bagi mempromosi kenderaan elektrik (EV) dan mengurangkan pelepasan karbon, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Kita ingin mewujudkan persekitaran yang lebih mapan. Tesla adalah peneraju kenderaan elektrik dan mereka mencatat pelbagai pencapaian dengan Model S.

“Malaysia memutuskan untuk mempromosi kenderaan elektrik menerusi program khas. Untuk itu, kerajaan akan membenarkan pengimportan 100 unit kereta Model S, sedan elektrik premium. Kereta ini mempunyai sifar pelepasan.

“Kita ingin mempromosi kereta seperti ini di Malaysia,” kata Perdana Menteri selepas melawat ibu pejabat syarikat pengeluar kereta elektrik mewah dan bateri, ibu pejabat Tesla Motors Inc di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, 100 unit itu akan dikecualikan daripada cukai.

Pegawai kerajaan berkata, Tesla mungkin mengehadkan pembelian kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Butiran mengenainya akan dibincang dengan syarikat terbabit.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY