KUALA LUMPUR, 18 April – Terpilih….. 101 wartawan daripada 22 organisasi media yang layak ke pusingan akhir Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2016, akan merebut wang tunai RM300,000 pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia 2017, Jumaat ini.

Kini, lima kategori teratas sedang diadili  dalam peringkat ketiga untuk dipilih sebagai  pemenang manakala 20 kategori lagi bakal diberikan kepada penerima sagu hati.

Malam Kewartawanan Malaysia 2017 yang akan berlangsung di Hotel Shangri-La itu adalah majlis penganugerahan berprestij bagi golongan media.

Menurut kenyataan media , pemenang bagi lima kategori teratas masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala pemenang sagu hati mendapat RM1,000.

Karya terbaik dalam kalangan 20 kategori itu bakal dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai yang akan  menerima wang tunai sebanyak RM30,000, selain trofi dan sijil.

Sementara itu, urus setia menerima 291 penyertaan dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi serta diadili oleh wartawan veteran dan tokoh akademik.

The Star berada pada kedudukan pertama dengan 15 penyertaan diikuti Berita Harian dan Harian Metro dengan sembilan penyertaan masing-masing.

Kedudukan lima teratas selepas penilaian pusingan kedua boleh dirujuk pada halaman web MPI yang sudah disahkan oleh Ketua Panel Hakim HKM MPI PETRONAS 2016, Datuk Yong Soo Heong.

Majlis itu dijangka menerima tetamu kehormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – WD MY