PUTRAJAYA, 10 Mac – Solat….. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama 3,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Putra di sini, bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Korea Utara sejurus solat Jumaat hari ini.

Solat berkenaan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat.

Sementara itu, lebih 3,000 jemaah menunaikan solat hajat sama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) yang diimamkan oleh Ustaz Muhd Redza Ahmad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataan media sebelum ini meminta semua masjid dan surau di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bagi memohon perlindungan supaya ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selesai. – WD MY