TUNIS, 10 MAC – LETAK…. Menteri Kesihatan Tunisia, Abdel-Raouf El-Sherif meletak jawatan semalam selepas 11 bayi dilaporkan meninggal dunia secara misteri dalam tempoh 24 jam di sebuah hospital di ibu negara, kata agensi berita TAP.

Katanya, Kementerian Kesihatan dan pendakwa raya negeri sedang melancarkan siasatan untuk mencari punca kematian bayi itu yang mungkin disebabkan jangkitan darah.

Sebelum ini, rakyat Tunisia mengadu mengenai penurunan tahap perkhidmatan sektor awam sejak kejatuhan bekas presidennya, Zine El-Abidine Ben Ali pada 2011 sekali gus membawa kepada peralihan demokratik dan krisis ekonomi negara itu.

Pengkritik kerajaan menyatakan bahawa sektor awam dipercayai terbabit dengan aktiviti rasuah.- WD MY