JOHOR BAHRU, FEB 24 -122 PROJEK….Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sebanyak 122 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan 84,490 unit rumah telah disiapkan di seluruh negara sejak 2001 hingga kini.

Beliau memberitahu pembinaan rumah itu, yang disediakan untuk lebih 300,000 orang. Mereka yang memohon dan memiliki rumah ini tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dan kalangan penduduk setinggan, dilaksanakan dengan kos hampir RM6 bilion.

Beliau memaklumkan, di Johor KPKT telah menyiapkan sebanyak 8,278 unit rumah PPR manakala 4,717 unit lagi dalam pembinaan selain 1,430 unit lagi sedang dirancang termasuk PPR Masai.

“Projek PPR Masai merupakan kerjasama kerajaan pusat dan negeri bagi membolehkan rakyat berpendapatan tidak lebih RM3,000 serta penduduk setinggan dapat memiliki atau menyewa rumah yang selesa pada harga mampu di kawasan bandar atau pinggir bandar,” katanya pada majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek PPR Masai di Jalan Merbok, Masai di sini. MY WD