KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tumpas….. Kesemua empat lelaki dipercayai aktif dalam kejadian samun ditembak mati di Sri Rampai, di sini.

Digelar sebagai anggota Geng Civic, berbalas tembakan dengan  anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Selangor.

Kejadian berbalas tembak di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, selepas dipercayai baru melakukan satu kejadian samun. Polis juga turut menemui sejumlah wang tunai dalam kereta jenis Honda Civic, dinaiki suspek. – WD MY