NEW YORK, 22 Dis – MENENTANG….. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mencatat undian 128 menyokong manakala sembilan menentang usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.

Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran sebelum undian 193 negara, Washington ‘memerhati rapat’ dan mengeluarkan ugutan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.

Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit. – WD MY