MUAR, 24 Dis – Maut……. Seorang lagi penumpang bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, Muar, Johor, awal pagi tadi disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Ini menjadikan keseluruhan 14 maut manakala 16 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi.

“Sebuah jentera dan sebuah kenderaan ERMS bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pada masa sama, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan ke lokasi sama.

Selain itu, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah seorang pegawai dan lima anggota bersama sebuah jentera.

“Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan.

“Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan,” katanya. – WD MY