AYER KEROH, 25 Mac – Bakat….. Datin Seri Rosmah Mansor hadir menyaksikan persembahan seni koir, tari dan muzik yang memukau serta mempesonakan oleh 143 anak berbakat Pusat Anak Permata Negara (PERMATA), di sini, malam tadi.

Persembahan berlangsung selama 1 jam 30 minit di Auditorium Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Melaka itu menjadi pembuka tirai Konsert PERMATA Seni 2017: Seni Merentasi Zaman ke seluruh negara.

Rosmah yang juga penaung Program PERMATA yang dilancarkan pada 11 Januari 2010 mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk menerima Anugerah Global Good Governance Award (3G) Children Welfare Award sempena 3G 2016, di Istanbul, Turki, tahun lalu.

Barisan tenaga pengajar PERMATA Seni itu diketuai Pengarah persembahan konsert, Zulfarqar Awaluddin; koreografer tari, Muhammmad Akmal Ayob; konduktor koir yang juga artis tanah air, Syafinaz Selamat dan konduktor muzik, Mustafa Fuzir Nawi.

Sementara itu, Norliza berkata, program PERMATA Seni cetusan ilham Rosmah itu bertujuan mengasah bakat seni anak muda berusia tujuh hingga 17 tahun.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada mereka dan ibu bapa mengenali program PERMATA Seni dengan lebih dekat sekali gus berupaya melahirkan modal insan cemerlang.

“Sudah tiba masanya program PERMATA Seni diperkenalkan di setiap negeri dan selepas ini akan diteruskan di Perak dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, kita perlu melihat kesesuaian waktu anak PERMATA Seni ini kerana akan membabitkan waktu persekolahan dan persetujuan ibu bapa untuk diteruskan ke lokasi seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Idris turut menyifatkan persembahan seni itu begitu menakjubkan dan setanding dengan acara seni bertaraf dunia. – WD MY