KUALA LUMPUR, 29 Dis – TERBAKAR….. 15 rumah terbakar di Lorong Raja Muda Enam, Kampung Baru, kira-kira 8 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan rumah milik persendirian yang disewa kepada pekerja asing.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi.

“Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Jalan Tun Razak, Keramat, dan Bandar Tun Razak mengawal kebakaran.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – WD MY