KUALA LUMPUR, 9 Sept – Diselamatkan Oleh Bomba….. Hampir 150 penumpang diarah berjalan keluar oleh pasukan penyelamat dari tren antara stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Datuk Keramat dan Damai menggunakan laluan khas, pagi tadi.

Jurucakap Rapid Rail Sdn Bhd, berkata pengguna terpaksa keluar berikutan tren terbabit terhenti DI antara dua stesen berkenaan susulan gangguan elektrik.

“Kami menghantar pasukan penyelamat untuk membawa kira-kira 150 penumpang keluar dari tren berkenaan dalam keadaan selamat.

“Langkah itu diambil kerana kita tidak mempunyai peralatan khusus atau pengangkutan lain untuk menarik tren berkenaan kembali ke stesen.

“Penumpang menggunakan laluan khas yang disediakan jika berlaku kecemasan dan ia dipantau oleh pasukan keselamatan kami.

“Laluan itu selamat digunakan walaupun selepas bekalan elektrik pulih,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Gangguan elektrik dialami LRT laluan Kelana Jaya menyebabkan pengguna terkandas kira-kira dua jam, awal pagi tadi.

Gangguan pertama berlaku dari jam 7 pagi hingga 7.30 pagi, disusuli 9.15 pagi hingga 10.15 pagi sebelum keadaan kembali normal. – WD MY

LEAVE A REPLY