KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Pertukaran Dan Kenaikan Pangkat…..Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran
berkuat kuasa 8 Sept depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan
hari ini berkata Zamri akan mengambil alih jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan
(Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Asri Yusoff yang ketika ini memegang
jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan
Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis.

Kenyataan itu turut memaklumkan Setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Mohd
Khalil Kader Mohd pula masih memegang jawatan sama dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/ATIP/ASOM, Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik pula akan bertukar jawatan sebagai Timbalan
Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.

Tempat beliau akan diambil alih SAC Rohaimi Md Isa yang ketika ini merupakan
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/Inspektorat), Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Supt Rosman Ismail yang pada masa ini memegang jawatan Timbalan Komander
Pasukan Polis Marin, Wilayah Empat pula akan dilantik sebagai Komander Pasukan
Polis Marin, Wilayah Satu dengan memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu lagi, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit), Unit
Perjawatan/Audit, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd
Asri Md Akhir dilantik sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan
Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan yang sama.

Supt Mongudal Koromol@Edward yang ketika ini memegang jawatan Pegawai
Pemerintah Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, Briged Sabah
dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Briged Sabah dengan
memangku pangkat ACP. – WD MY

LEAVE A REPLY