1MALAYSIA……1Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tidak diendahkan oleh masyarakat Malaysia kerana 1Malaysia yang dilaungkan adalah semata-mata untuk kempen kerajaan sahaja

Bekas pengarah New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor menegaskan idea 1Malaysia itu sebenarnya hanya membawa manfaat kepada pihak yang menjalankan kempen berkenaan semata-mata.

Kini katanya dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, ia boleh dianggap paku terakhir buat ‘keranda’ inisiatif 1Malaysia.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, satu-satunya pihak yang mendapat untung daripada slogan 1Malaysia ialah mereka yang mengeluarkan¬†lapel pin¬†(pin kelepet).

“Lain-lain semua cakap kosong saja,” katanya sambil menyertakan pautan mengenai berita disiarkan malaymailonline.

Memetik laporan NST, Mohd Hashim mengakui persempadanan semula kawasan pilihan raya memang mengasingkan etnik tertentu dalam sesuatu kawasan.

SPR memberitahu, persempadanan semula pada PRU kali ini telah mengambil kira aspek geografi dan kaum tetapi apa yang dilihat persempadanan ini hanya menguntungkan kerajaan Barisan Nasional sahaja.

Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan sehingga berlakunya perbalahan di dalam parlimen. sehingga mereka telah dihalau keluar oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Akhirnya keputusan persempadanan ini memihak kepada kerajaan BN yang mengumpulkan sesuatu kaum di kawasan tertentu sehingga ia menjadi begitu dominan.

Sebelum ini sesuatu kawasan lazimnya menempatkan pengundi yang rencam, kecuali di di kerusi tertentu yang memang terdapat kaum tertentu bermastautin secara ketara.

Untuk rekod inisiatif 1Malaysia diilhamkan sendiri oleh Najib pada hari-hari terawalnya menjadi perdana menteri pada 2009.

Melalui konsep 1Malaysia kerajaan mahu mewujudkan suatu bangsa tanpa mengambil kira kepelbagaian latar etnik atau subetnik serta kebudayaan.

Kata Mustapha Kamil melalui kenyataan Mohd Hashim itu, apa saja usaha yang ada kaitan dengan 1Malaysia sudah berkubur.

“Dengan pengakuan orang ini, 1Malaysia dan segala-galanya yang ada kaitan dengan inisiatif itu semua sudah masuk longkang. Semua kelentong saja,” katanya.-MY WD