KUALA LUMPUR, 18 Dis – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan dakwaan bahawa ia adalah pemilik syarikat 1MDB Airline Bhd.

Syarikat pelaburan strategik negara dalam kenyataan hari ini menegaskan maklumat dalam Wikipedia dan tersebar di media sosial konon mereka memiliki firma penerbangan itu adalah tidak benar.

“Kami mengesahkan bahawa 1MDB tidak memiliki sebarang syarikat yang mempunyai nama berkenaan atau menjalankan sebarang operasi berkenaannya.

“Sejak Februari 2015, 1MDB mengesahkan bahawa ia tidak akan menjalankan pelaburan ataupun perniagaan baharu dan hanya memfokus kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi.

“Oleh itu, kami memohon orang ramai mengabaikan maklumat palsu ini dan tidak terpedaya oleh pihak ketiga yang mendakwa bertindak bagi pihak 1MDB dalam hal ini,” katanya. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY