KUALA LUMPUR, 15 Mac – Razak Mansion…. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyerahkan kunci kediaman 1Razak Mansion kepada 658 keluarga.

Perumahan ini dekat di hati Najib kerana bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki di sini untuk merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion, kira-kira 47 tahun lalu.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Projek itu membabitkan pembinaan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar. Kemudahan lain termasuklah dewan orang ramai, surau, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis. – WD MY