MARSEILLE, OKTOBER 8:MINYAK TERTUMPAH…Pihak berkuasa pantai mengesahkan tumpahan minyak yang berlaku di Laut Mediterranean berhampiran pantai Corsica, berlaku selepas dua kapal, masing-masing dari Tunisia dan Cyprus berlanggar di kawasan berkenaan, semalam.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Menurut pihak berkuasa operasi mengawal tumpahan minyak sedang giat dijalankan oleh Perancis, Monaco dan Itali.- MY WD