KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ditangkap……. Lebih 245 individu disyaki terlibat
dengan kegiatan perjudian ditahan di seluruh negara sejak Isnin lepas sehingga
semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua tangkapan itu
dibuat oleh Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3
Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman.
“Dalam operasi itu, STAGG turut merampas sebanyak 1,568 unit komputer.
“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara untuk tempoh 14 Nov
sehingga semalam, tangkap 245 orang dan rampas 1,568 komputer. #GoPDRMGo,”
katanya dalam catatan Twitter beliau.
Khalid berkata dalam tempoh sama, STAGG turut menahan 287 pelayan pelanggan
(GRO) dan tukang urut dalam operasi gempur maksiat di seluruh negara.
“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara bagi tempoh Isnin
lepas sehingga semalam, tangkap 287 GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” katanya
dalam catatan lain Twitter beliau. – WD MY