NEW ZEALAND, 15 MAC – TEMBAK….Seorang lelaki telah ditangkap kerana kejadian tembakan yang dilepaskan di dua masjid di Christchurch, New Zealand semasa jemaah sedang solat Jumaat. Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan orang disahkan terbunuh dan jumlah kematian dijangka meningkat.

Polis percaya ‘mungkin ada individu lain yang terlibat.’

Seorang lelaki bersenjata didapati telah menyiarkan secara langsung serangan itu di media sosial dan menulis satu manifesto rasis yang panjang mengenai motivasinya iaitu ketuanan kulit putih dan menerangkan mangsa serangan sebagai ‘penjajah’.

Penulis manifesto itu mengatakan dia seorang lelaki kulit putih berusia 28 tahun yang dilahirkan di Australia.

Semua masjid di New Zealand sudah diarahkan tutup sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

Penduduk bandar Christchurch diminta untuk duduk di rumah dan perarakan perubahan cuaca global di bandar itu sudah dihentikan.

Perdana Menteri New Zealand mengeluarkan kenyataan:

Ini antara hari paling gelap buat New Zealand. Tidak ada tempat di New Zealand untuk kelakuan ekstrim dan keganasan seperti ini.”

Sementara itu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia cedera parah akibat ditembak dalam kejadian tembakan di salah sebuah masjid yang terlibat di Christchurch hari ini. – WD MY