KUALA LUMPUR, 15 April – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Bhd
Datuk Abdul Farid Alias berkata, aplikasi itu bertujuan memberi lebih kemudahan kepada
pelanggan dan mengukuhkan kehadiran digital bank itu.

“Sasarannya ialah 50,000 muat turun bagi setiap aplikasi tahun ini.
Pelancaran ini adalah fasa pertama dalam menawarkan aplikasi berkenaan di
seluruh negara.

Maybank merancang untuk mengembangkan penggunaan aplikasi yang baru dilancar,
Ganjaran Maybank dan Pencari Hartanah Maybank ke Indonesia, Singapura dan
Filipina menjelang akhir tahun ini.

“Ia akan meningkat pada masa depan dan kami akan memastikan lebih ramai
peniaga, bukan sahaja di Malaysia melanggannya,” katanya kepada media selepas
pelancaran aplikasi itu hari ini.

Pencari Hartanah Maybank menghubungkan pembeli dan penjual hartanah dan
tidak ada aplikasi seumpama itu di Asia Tenggara, yang menunjukkan hartanah
untuk dijual pada masa nyata.

Aplikasi Ganjaran Maybank sebaliknya ditawarkan bersama aplikasi Peniaga,
membolehkan peniaga meletakkan promosi mereka untuk disiarkan kepada pembeli.

Abdul Farid berkata, pelanggan perbankan digital di Asia dijangka berkembang
kepada 1.7 bilion pada 2020 berbanding 670 juta pada 2012, dengan kira-kira 40
peratus pelanggan mewah kini memilih dalam talian atau perbankan mudah alih.

Beliau berkata, aplikasi itu memberi peluang kepada bank untuk melayan
pelanggan melalui kaedah yang lebih fokus dan jimat kos, yang akhirnya akan
meningkatkan pencapaian dan volum perniagaan Maybank.

“Untuk aplikasi mudah alih yang kami perkenal pada 2011, terdapat lebih 1.7
juta pengguna, melakukan 12 juta transaksi setiap bulan. Ini bermakna sistem
kami stabil dan boleh mengendali volum yang besar,” tambahnya.
– Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY