KUALA LUMPUR, DISEMBER 4: ICERD…Lebih 500,000 peserta dijangka akan menyertai himpunan aman meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa MeĀ­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini.

Koordinator himpunan mewakili Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Umno menjangkakan seramai 200,000, wakil Pas mungkin seramai 300,000 manakala badan bukan kerajaan (NGO) lebih kurang 50,000 ribu orang.

“Kita sasar 500,000 peserta daripada Umno, Pas dan NGO akan sertai himpunan 8 Disember ini di Dataran Merdeka.

“Kita akan ‘putihkan’ Kuala Lumpur dengan pakaian putih yang dipakai peserta himpunan yang datang dari seluruh negara,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga berkata, matlamat himpunan itu tiada sebarang niat mencabar sesiapa cuma ingin mempertahankan hak Melayu dan Islam sahaja.-MY WD