KUALA LUMPUR, DISEMBER 3: DIBERHENTIKAN….  Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program terbabit.

Sumber memberitahu sebuah laman portal berita, mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak yang secara automatik kehilangan pekerjaan manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama mereka dengan segera.

Penamatan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan gred lulus bagi program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).

“Peserta diberitahu pada Selasa lalu, gred lulus (untuk kursus itu) sudah dinaikkan dari B kepada A-, sebelum mereka masing-masing diberikan surat penamatan pada hari Jumaat serta diminta untuk mengosongkan asrama di INTAN pada hari Ahad.

“Ini dibuat ketika mereka sudah berada pada bulan ketujuh program yang telah bermula pada 16 April,” katanya kepada laman portal berita itu.

Kursus diploma selama 10 bulan itu membabitkan sejumlah 86 peserta.

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan 20 pemegang ijazah sarjana.

Difahamkan peserta dimaklumkan pendaftaran mereka sudah ditamatkan setelah menjalani peperiksaan pada awal hari itu

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan 20 pemegang ijazah sarjana.

Difahamkan peserta dimaklumkan pendaftaran mereka sudah ditamatkan setelah menjalani peperiksaan pada awal hari itu.

Sumber lain berkata berkata mereka terkejut dengan keputusan itu kerana hampir menamatkan program berkenaan.

“Peserta merasakan ini tidak adil kerana ia dinaikkan ketika mereka hampir selesai menjalani program, lebih buruk lagi empat pegawai kontrak, kini tiada kerja,” katanya.

Sementara, Pengarah INTAN, Datuk Suriani Ahmad, yang mengesahkan perkara terbabit berkata peserta berkenaan sudah ditamatkan dari kursus dan ia diputuskan oleh JPA.

“Bagaimanapun, peserta menyertai secara beransur-ansur dari pelbagai gred termasuk 41, 44, 48, 54 dan bahkan Jusa.

“Oleh kerana mereka istimewa, jangkaan lebih tinggi diberikan kerana mereka yang mempunyai pengalaman bekerja,” katanya.

Suriani juga berkata peserta seharusnya berusaha lebih keras untuk mendapat gred A sejak awal lagi.

“Apabila kami memaklumkan mengenai prestasi mereka dua bulan lalu, kami beritahu yang markah mereka tidak mencapai jangkaan kami.

“Kami beritahu mereka perbaiki diri sejak awal. Keputusan mereka tidak memuaskan,” katanya.-MY WD