53 LAPORAN POLIS KE ATAS TIMBALAN KETUA MENTERI P.PNANG

53 LAPORAN POLIS KE ATAS TIMBALAN KETUA MENTERI P.PNANG

934
0

KUALA LUMPUR, JULAI 19: Polis mengesahkan telah menerima sebanyak 53 laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, laporan polis itu dibuat di seluruh negara termasuk sebuah laporan yang dilakukan oleh Ramasamy sendiri.

“Pada mulanya siasatan dilakukan oleh Kontinjen Pulau Pinang namun kini diambil oleh pasukan siasatan khas Bukit Aman.

“Kita sedang siasat, keterangan beliau akan diambil bergantung kepada keperluan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) di Persada Plus di Subang Jaya di sini hari ini.-MY WD