53 SEKOLAH TERIMA DANA BKAP1M RM2.4 JUTA

53 SEKOLAH TERIMA DANA BKAP1M RM2.4 JUTA

417
0

TUMPAT, FEB 27 – 53 SEKOLAH…Sebanyak RM2.4 juta Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M) diperuntukkan kepada 53 sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Semalam, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyampaikan bantuan berkenaan di sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu yang melibatkan seramai 1, 252 penerima terdiri dalam kalangan ibu bapa.

Yang turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Datuk Mohd. Rosdi Ab Aziz dan pengetua sekolah, Mohd. Azmi Awang. – MY WD