JAKARTA, 22 MEI – CEDERA…. Enam maut dan 200 lagi cedera dalam ketegangan sivil di ibu kota Indonesia, kata gabenor bandar raya itu, Anies Baswedan, hari ini selepas suruhanjaya pilihan raya mengesahkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menang pilihan raya bulan lalu.

“Menjelang jam 9.00 pagi ini, 200 yang cedera dibawa ke lima hospital.

“Sementara enam lagi terbunuh,” katanya kepada stesen penyiar TVOne, menambah hospital melakukan bedah siasat menentukan punca kematian. — WD MY