KUALA LUMPUR, 10 Okt – Showcase Bernama…… Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengadakan Pameran Bernama Media Showcase 2017 menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 60 peneraju industri.

Pengurus Besar, Datuk Zulkefli Salleh berkata pameran berkenaan bertujuan mendekatkan pelanggan daripada sektor
kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan dengan pelbagai
perkhidmatan yang disediakan Bernama.

“Melalui showcase ini juga, Bernama menawarkan diskaun khas kepada para
pelanggan yang berminat mendapatkan perkhidmatan yang disediakan sebagai
menghargai sokongan mereka,” katanya kepada media selepas majlis berkenaan
di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pengarang Datuk
Zakaria Abd Wahab serta pegawai kanan agensi berita itu.

Antara perkhidmatan agensi berita nasional itu yang diketengahkan semasa
pameran tersebut adalah saluran berita yang baru dijenamakan semula iaitu
Bernama News Channel (BNC), Bernama Radio selain portal, Newswire dan
perkhidmatan foto.

Produk dan perkhidmatan lain termasuk Perhubungan Media dan Pengurusan
Acara (MREM), yang menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN tahun lepas serta
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink Bernama (BLIS).

Dalam pada itu, Zulkefli mengharapkan pembentangan Bajet 2017 akan
meningkatkan perkembangan industri media di negara ini.

“Bajet 2017 pastinya akan memberi fokus kepada perkembangan ekonomi negara
yang lebih dinamik dan industri media bergantung kepada kemajuan ekonomi
khususnya dalam mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat,” katanya. – WD MY

“Sains dan teknologi terus berubah mengikut arus permodenan dan menerusi
Bernama perubahan yang berlaku dalam teknologi kita boleh dikongsi secara
berterusan,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY