KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sukan….. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata seramai 71 atlet dihantar untuk menyertai enam acara dalam World Police and Fire Games 2017 di Los Angeles, Amerika Syarikat 7 hingga 16 Ogos ini.

Katanya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan 35 pingat emas dan pertambahan 10 peratus pingat perak serta gangsa.

“Enam acara yang disertai ialah golf, karate, tenping boling, berbasikal, badminton dan bina badan,” katanya. – WD MY