TOKYO, 26 Okt – Toyota kekal sebagai pengeluar kereta terbesar dalam jualan kenderaan global untuk sembilan bulan pertama tahun ini apabila menjual hampir 7.5 juta kenderaan, mengatasi pesaing, General Motors (GM) dan Volkswagen.

Menurut Toyota Motor Corp, jualan global bagi tiga suku pertama berjumlah 7.498 juta kenderaan. Volkswagen AG dari Jerman mencatatkan jualan sebanyak 7.43 juta kenderaan manakala GM sebanyak 7.2 juta, menurut perangkaan yang dikeluarkan awal bulan ini.

Volkswagen mengatasi Toyota bagi Januari-Jun, pertama kali pengeluar berkenaan berada di atas. Jualan Volkswagen merosot berikutan skandal pengeluaran asap pada bulan lalu.

GM adalah pengeluar kereta terbesar untuk tujuh dekad berturut-turut sebelum dipintas Toyota pada tahun 2008. Syarikat yang berpangkalan di Detroit, Amerika Syarikat itu kemudian mengambil semula takhta pada tahun 2011, apabila bencana tsunami melanda Jepun. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY