TOKYO, 17 Nov – Dipelawa……. Jepun dipelawa membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tetapi keputusan muktamad akan ditentukan kerajaan Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Merumuskan hasil lawatan kerjanya ke Jepun, Najib menyedari kerajaan Jepun dan sektor korporat negara itu amat bersungguh-sungguh dalam meyakinkan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk menerima Shinkansen sebagai pilihan.

Beliau berkata, pasukan ketiga pakar antarabangsa akan dilantik bagi menilai tender secara objektif sebelum merujuknya kepada kerajaan kedua-dua negara untuk membuat keputusan. – WD MY