KOTA KINABALU, OKTOBER 5: HILANG KERJA…Seramai 813 bekas Pembantu Tadbir Sambilan Sabah Lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diberhentikan sebelum ini merayu kepada kerajaan agar diberi peluang menjawat semula jawatan itu.

Bekas Pembantu Tadbir, Noor Ismawaty Ismail yang mewakili kumpulan itu berkata pihaknya berharap Kerajaan Negeri baharu yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan yang sudah sekian lama berlarutan.

“Kami berharap Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah yang telah diwujudkan dapat membantu menyelesaikan isu ini yang sudah banyak kali kita utarakan, namun tiada sebarang maklumbalas yang positif diterima.

“Dokumen rayuan juga sudah diserahkan di pejabat Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah melalui serahan kaunter dan kita berharap akan ada tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.