KUALA LUMPUR, 29 Nov – Rasmikan… Laman Media, yang menempatkan ruang kerja pengamal media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Laman Media yang terletak di aras 2 PWTC itu disediakan UMNO kepada petugas media pada setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

Kali ini, sejumlah 1,500 petugas media daripada 48 agensi dalam dan luar negara akan membuat liputan.

Laman Media ini turut dilengkapi kemudahan WiFi selain sajian makanan.

Untuk tahun ini juga Media Prima Berhad dipilih menjadi hos penyiar rasmi Perhimpunan Agung UMNO yang membuka tirainya hari ni. – WD MY