KUALA LUMPUR, 23 Dis – Takziah…. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta keluarga, setelah kembalinya ke Rahmatullah adik beliau, Ahmad Dzulfikri Hamidi.

Dalam catatan terbaharu di laman media sosial Twitternya hari ini, Najib turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Takziah kepada @Zahid_Hamidi (Twitter rasmi TPM) dan keluarga atas pemergian adindanya, Ahmad Dzulfikri. Semoga Allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib.

Ahmad Dzulfikri, 45, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, 11.30 malam tadi. – WD MY