KUALA LUMPUR, 25  Mei -NAIK HARGA… Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan kenaikan harga 99 jenis barang menerusi operasi pemantauan harga pasaran.

Antara yang mengalami kenaikan harga ialah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.

“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).

“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.

“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.-MY WD