BALING, 25 Mac – SOLAR…..┬áDatuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Kerja tanah untuk projek ladang solar di Kuala Ketil, membabitkan pelaburan bernilai RM500 juta dari sebuah syarikat China, akan bermula minggu depan.

Ia sebuah ladang solar dan dijangka mula beroperasi menjelang tahun depan.

Abdul Azeez berkata, projek ladang solar terbesar di daerah itu dijangka akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi di Baling, dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan industri hiliran, sekali gus mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi setempat.

“Saya difahamkan, penjanaan tenaga solar dari ladang solar itu kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membantu mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik.

“Dari segi pelaburan, pembinaan projek ladang solar ini menunjukkan pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap kemantapan ekonomi negara,” katanya.

Abdul Azeez ditemui media pada majlis ramah mesra projek ladang solar bersama masyarakat di Padang Awam Kuala Ketil, semalam.

Lokasi projek itu yang terletak berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UnisHAMS) adalah sesuai untuk operasi ladang solar.

Dengan terbinanya projek ladang solar itu, ia dapat membantu TNB mempunyai bekalan elektrik yang stabil untuk kegunaan penduduk di daerah Baling serta mampu memampung keperluan kawasan perindustrian di sekitar Kulim dan Bedong.

Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam penggunaan tenaga solar kerana negara maju di Barat, selain China dan Jepun sudah lama menggunakan tenaga solar dalam kehidupan seharian mereka, termasuk kenderaan. – WD MY