Abdul Azeez Lawat Mangsa Kemalangan Putus Kaki

0
88

KLANG, 20 Jan – Biro Kebajikan Umno hari ini menziarahi Siti Nuraisyah Sahrin yang hancur kedua belah kakinya akibat digilis lori.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hadir menyampaikan sumbangan peribadi dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM 10 ribu kepada Siti Nuraisyah.

“Perdana Menteri menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada adik Siti Nuraisyah,” kata Abdul Azeez.

“Kita juga akan memastikan adik Siti dan ibu bapanya apabila sembuh dihantar membuat umrah ke tanah Suci,” kata beliau selepas melawat mangsa dan ibu bapa di sini sebentar tadi.

Biro Kebajikan juga akan memastikan keadaan Siti Nuraisyah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah mendapat layanan yang terbaik.

“Kita biro Kebajikan akan memastikan keselesaan adik berkenaan di dalam wad serta langkah seterusnya selepas sembuh seperti mendapatkan kaki palsu bagi adik berkenaan,” kata beliau.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kedua-dua kaki Siti Nuraisyah putus setelah digilis oleh sebuah lori dari arah bertentangan selepas dia terjatuh dari motosikal.

Sebelum itu, motosikal diboncengnya terbabas akibat digesel sebuah kereta Kancil yang cuba memotong motosikal ditunggangi kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan. – Sofea Nawar (WD MY)