BALING, 29 Okt – HARGAI….. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, anggota pesara tidak pernah dipinggirkan malah mereka sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

Beliau berkata, jasa tentera dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara tidak ternilai dengan wang ringgit kerana pengorbanan mereka amat besar.

“Dalam soal kebajikan kita mengambil berat dan sentiasa membantu dalam pelbagai aspek kerana menghargai perjuangan mereka untuk negara.

“Sebab itu mereka perlu mendaftar menjadi ahli persatuan supaya memudahkan bantuan disalurkan,” katanya.

Kira-kira 26,000 pesara tentera di negeri ini masih belum mendaftar sebagai ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – WD MY