KUALA LUMPUR, 17 April – SANGKAL….. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembelian tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) sebagai cubaan untuk membantu membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Malah beliau berkata, tuduhan itu tidak benar kerana apa yang dilalakukan oleh badan pengurus TH adalah sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi.

“Sekarang, nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian. Tabung Haji sudah pun untung,” tegas beliau dalam kenyataan hari ini.

Abdul Azeez mengulas isu yang tular yang dibawa oleh DAP di media sosial mengenai pembelian tanah TH di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembelian tanah di TRX bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ wang para pendeposit tetapi ia lebih kepada memberi pulangan pelaburan yang baik kepada TH dan para pendepositnya.

Katanya, ini kerana harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan ia menjadi aset TH.

“Hasil keuntungan daripada pembangunan yang kana dilaksanakan bakal memnberikan manfaat kepada lebih 9 juta pendeposif TH melalui penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan haji di Tanah Suci secara percuma, subsidi haji, pengagihan hibah tahunan dan hibah haji,” katanya lagi. – WD MY