TOKYO, 6 April – Setuju……..  Shinzo Abe hari ini berkata, beliau dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju bahawa ujian senjata balistik terbaharu oleh Korea Utara adalah satu ancaman yang serius dan provokasi yang membahayakan.

Perdana Menteri Jepun berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu perbualan telefon dengan Trump.

 beliau kini memantau tindakan yang akan diambil oleh China terhadap Pyongyang selepas Presiden Xi Jinping bertemu dengan Trump di Florida, hari ini.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, secara ringkasnya, Abe berkata, Trump memaklumkan bahawa segala pilihan sudah ada mengenai cara mengendalikan isu Korea Utara itu.

Pyongyang melancarkan ujian senjata balistik, semalam, di kawasan pantai timur negara itu, menjelang pertemuan antara Trump-Jinping di Florida, hari ini dan esok. – WD MY