KUALA LUMPUR, 23 Nov – ┬áMenteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penganjuran Kuala Lumpur Biennale (KL Biennale) sebagai acara bertaraf antarabangsa melonjak martabat seni visual tanah air, sekali gus menjadikan negara sebagai hab pelancongan seni.

Nazri berkata pameran seni berskala besar itu turut membuka peluang dan ruang penggiat seni menembusi pasaran luar.

“Ini kali pertama Biennale dianjurkan di Kuala Lumpur, bertujuan membangunkan aktiviti seni berprofil tinggi dalam mempromosi negara sebagai pendahulu seni kontemporari di Asia Tenggara.

“Saya harap penggiat seni visual negara menyertai KL Biennale kerana anda adalah duta pelancongan negara yang berharga,” katanya dalam ucapan perasmian pameran KL Biennale di Balai Seni Negara, hari ini.

KL Biennale bermula pada 1 November lalu hingga 31 Mac tahun depan dan pengunjung tidak dikenakan bayaran masuk.

Sementara itu, Mohamed Najib berkata, KL Biennale adalah titik bermulanya pameran berskala besar festival seni visual di negara ini.

Biennale adalah acara bertaraf antarabangsa dianjurkan di seluruh dunia bagi meraikan seni. KL Biennale menampilkan 114 pelukis merangkumi pengkarya tempatan dan pelukis tanah air yang menetap di luar negara, selain pelukis antarabangsa.

“KL Biennale bermatlamat membabitkan pergerakan karya seni kontemporari antarabangsa tanpa perlu pergi jauh.

“Tema pameran adalah ‘Alami Belas’ yang berasaskan kemampanan dalam mengangkat isu terpinggir. Belas dalam konteks ini boleh diibarat sebagai prihatin, kasih, kasihan, simpati dan sayang,” katanya. – WD MY