PUTRAJAYA, 9 April – Catat Rekod Guinness Dunia kerana Menjahit….”Makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, jom jahit beramai-ramai, kita nak masuk buku Rekod Guinness Dunia, bangga kita mengharumkan nama Malaysia”.

Seruan itu disahut sekumpulan 648 orang yang mewakili 12 wakil agensi, Kementerian, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan bersatu untuk mengadakan acara menjahit beramai-ramai serentak sekaligus mereka diiktiraf Rekod Guinness Dunia sebagai peserta menjahit teramai di dunia.

Acara itu turut disertai Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga menjahit bersama-sama.

Ia merupakan rekod pertama seumpamanya di dunia bagi kategori berkenaan.

Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan pihak Rekod Guinness Dunia dari New Zealand yang mengesahkan kejayaan itu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY