LUNDU, 25 April – Najib Iringi Adenan Ke Pusat Penamaan Calon…..Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua pemimpin ini turut disertai kumpulan kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum berarak ke pusat penamaan calon berkenaan.

Penyokong BN itu mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi sebagai tanda sokongan terhadap Adenan yang bakal mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri kali ini.

Adenan yang mewakili kerusi DUN Tanjung Datu sejak dua penggal lalu bakal ditentang calon Parti Reformasi Sarawak (STAR), Mura Kadir dan Jazolkipli Numan (PKR).

Terdahulu, Najib dan Adenan berkesempatan menunaikan solat hajat di Masjid Daerah Lundu. – Sharini Abdulah, Sofea Nawar (W MY)

LEAVE A REPLY