NEW YORK, 9 JUN – CERIA…..Adik bongsu Hillary Clinton, Tony Rodham meninggal dunia malam Jumaat lalu.

Bekas senator Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Negara, wanita pertama dan calon presiden parti Demokrat berkongsi berita pilu itu di Twitter, semalam.

Clinton yang menyifatkan adiknya sebagai seorang yang baik, ceria dan pemurah tidak menyatakan punca kematian Rodham.

Rodham, 65 meninggalkan seorang balu, Megan dan tiga anak, Zach, Simon dan Fiona.

“Pemergiannya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, dan memori mengenai dirinya terus bermain di minda saya. Kami akan sangat merinduinya.”

Tony Rodham yang dilahirkan pada 1954 adalah anak ketiga

kepada pasangan Hugh dan Dorothy Rodham.

Mendiang dibesarkan di pinggir Chicago bersama Hillary, 71 dan Hugh, 69.

Sebelum meninggal dunia, Rodham pernah melakukan pelbagai kerja termasuk pengawal penjara, penjual insuran, penyiasat persendirian dan pelabur perniagaan. – WD MY