PETALING JAYA, 6 Okt – Ubah Persepsi Negatif…… Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Islam boleh mengubah persepsi negatif berhubung agama itu yang sering dikaitkan dengan keganasan, menggunakan konsep adil dan telus dalam tadbir urus pemerintahan.

Perdana Menteri berkata, sistem tadbir urus yang baik akan mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mengatasi kejahilan.

Beliau berkata, salah satu cabaran besar pemimpin Islam adalah berhadapan puak ekstremisme yang menyalahgunakan nama Islam.

“Inilah tugas kita bukan saja untuk menangkis stereotaip ini, malah menghadapi puak pengganas dengan menjadi pemimpin bijaksana dan berintegriti,” katanya merasmikan Forum Kepemimpinan Muslim Dunia Ketiga, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – WD MY

LEAVE A REPLY