KUALA LUMPUR, 25 Feb – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan digabungkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata gabungan kedua-duanya nanti akan dikenali sebagai AWAS iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik.

“Sistem baharu ini bertujuan mengurangkan kemalangan. Selain itu, ia juga bagi memerangi gejala rasuah kerana pembabitan manusia yang minimum dalam mengeluarkan saman trafik,” katanya dalam program Soal Jawab di TV3, malam tadi.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah berkata bahawa kementeriannya terpaksa menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet.

Katanya, beberapa pihak berkepentingan termasuk jabatan dari kementeriannya sedang menyediakan kajian akhir cadangan itu.

AES pada mulanya dikuatkuasakan pada 2012 tetapi ia kemudian mendapat bantahan meluas daripada orang ramai. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY