KUALA LUMPUR, 21 Dis – Dilantik…….. Jeneral Datuk Seri Affendi Buang hari ini
dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-18.
Anak kelahiran Sarawak itu menggantikan Jeneral Tan Sri Roslan Saad yang
bersara wajib hari ini.
Majlis Serah Terima Tongkat Kuasa Panglima TUDM diadakan di Pangkalan TUDM
Subang, di sini, disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Panglima TUDM selama dua
tahun berkhidmat dalam TUDM selama lebih 30 tahun.
Affendi, 54, merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja Cawangan Putera
pada 1978 sebelum ke Cawangan Kadet seterusnya ditauliahkan dalam TUDM pada
1981.
Beliau juga telah mengikuti beberapa kursus antaranya Pengajian Strategik
dari Kolej Pertahanan dan Pengajian Strategik di Australia.
Sebelum ini, Affendi turut memegang beberapa jawatan penting dalam TUDM
antaranya Komander Pangkalan Udara di Butterworth. – WD MY