KUALA LUMPUR, 16 Sept – MELAWAT…..Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini pada jam 10.20 malam tadi.

Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat keadaan pusat tahfiz berkenaan selepas ia terbakar dan mengorbankan 23 nyawa awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat tahfiz berkenaan bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mendengar taklimat dari pihak bomba.

Sementara itu, keadaan sesak di sini tidak menghalang ratusan pengunjung dari kawasan sekitar menyambut ketibaan baginda. – WD MY