KUALA LUMPUR, 9 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Dr Noor Hisham berkata itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam
usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

“Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah
Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952.

“Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan
berdaftar dan perlu direkodkan,” katanya.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain
pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Okt lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan
untuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY