KUALA LUMPUR, FEB 28 -MAHKAMAH…Mahkamah Tinggi menolak permohonan anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng bagi membatalkan saman fitnah difailkan oleh MCA. Ini berkaitan dengan berhubung parti itu menyalahgunakan dana awam dan kerajaan yang diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

MCA adalah selaku plaintif memfailkan saman itu pada 17 Julai tahun lalu melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan dengan menamakan Lim sebagai defendan tunggal bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Lim dan peguam C.H.Ng bertindak bagi pihak MCA.

Guok memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan anak guamnya atas alasan terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan dalam saman itu dan mahkamah menetapkan 28 Mac untuk pengurusan kes.

“Mahkamah menolak permohonan itu dengan kos RM2,000,”katanya – MY WD