PEKAN,MEI 21: JANGAN…Setiap ahli UMNO diingatkan supaya tidak terus bersedih dan lemah semangat walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14)

Ahli UMNO tidak boleh meratapi kekalahan berkenaan terlalu lama sebaliknya bangkit meneruskan perjuangan kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata beliau, jika hendak mena­ngis dan memeluk beliau apabila berjumpa dengannya tidak menjadi masalah tetapi cukuplah selepas itu.

“Allah SWT tidak suka kita dalam tangisan. Allah sentiasa menguji kita sebab itu kita perlu reda dengan ujian. Kita tidak boleh sentiasa terbawa-bawa dengan kehibaan hati.

“Yakinlah, perjuangan suci ini wajib kita teruskan walau dalam keadaan getir dan tekanan. Ingat perjuangan kita adalah perjua­ngan suci dan mulia yang mana lambat laun rakyat akan sedar dan anak muda akan sedar perjuangan kita perjuangan sebenar atas nama bangsa dan negara,” katanya.