GURUN, 12 Ogos – Siap Sedia…. Semua Pemimpin dan ahli UMNO wajib bersedia untuk memasuki mod ‘perang’ selepas parti kini tidak putus-putus berdepan pelbagai serangan pembangkang yang diakui semakin mencabar kata┬áDatuk Seri Shahidan Kassim.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata segala kepentingan bersifat peribadi harus diketepikan semua pemimpin dan ahli, kerana bala tentera pembangkang yang sedang dihadapi ketika ini berskala besar.

Malah, beliau berkata sebarang tindak-tanduk yang berisiko merencatkan pergerakan parti untuk terus berperanan sebagai tonggak pentadbiran kerajaan yang membela rakyat, harus diketepikan.

“Kita sekarang dalam gear 3 atau 4 dan kita kena bergerak (Hafap perang) sebab mereka sedang serang kita kiri dan kanan… kita sedang hadapi tentera besar, jadi pemimpin dan ahli kita jangan sesekali rosakkan peperangan dengan kepentingan peribadi.

“Dalam perang, kita ada kriteria tertentu yang kena ikut.. selain kena ada sifat berani, paling utama kita kena pastikan tentera kita diketuai hanya satu kepala.

“Ketika perang, kita tak boleh lagi letakkan hal peribadi di depan… maksudnya kalau kita nak buang air sekali pun, jangan nak patah balik dan selesaikan sahaja atas belakang kuda… nak merajuk ketika perang pun tak boleh,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Jerai di sini, hari ini.

Shahidan pada masa sama mahu semua pemimpin dan ahli UMNO merujuk kepada kisah pemimpin Islam terdahulu khususnya ketika era sahabat Rasulullah yang mengutamakan dua prinsip dalam pentadbiran.

“Apa yang saya dapat rumuskan ialah selain berani di medan perang, pemimpin Islam terdahulu mengamalkan sikap amanah dalam pentadbiran.

“Apa yang kita lihat hari ini, Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mentadbir dengan amanah dan ia dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif yang dirangka menjurus kepada rakyat yang menjadi golongan sasar, khususnya melalui Program Transformasi Nasional (NTP).

“Kita ambil contoh Program AZAM yang dimanfaat rakyat, selain penyediaan kemudahan seperti Klinik 1Malaysia dan sebagainya… itu tidak termasuk projek berskala besar seperti penyediaan MRT (Aliran Transit Massa) yang terbukti semuanya untuk kemudahan rakyat,” katanya. – WD MY